fbpx

Brendan pertahan rakan-rakan sepasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENDAN (tengah) mahu para penyokong setia Gergasi Merah akan terus memberi sokongan padu kepada Selangor FC dan bukannya perkara yang boleh menjatuhkan moral pasukan tersebut.

KAPTEN pasukan Selangor FC, Brendan Gan mempertahankan rakan-rakan sepasukan yang telah dimaki oleh penyokong meskipun berjaya merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi Liga Super, Ahad lepas.

Pada aksi tersebut, penolong ketua pasukan, Safuwan Baharudin dilihat ‘bertikam lidah’ de­ngan penyokong selepas tamat perlawanan selepas tidak ber­puas hati apabila skuad Gergasi Merah dibolosi pada saat-saat akhir.

Brendan yang tidak ber­aksi pada perlawanan tersebut ekoran kecederaan percaya semua pemain yang menyarung jersi keramat Merah Kuning telah memberikan seratus peratus di atas padang.

“Sebagai satu pasukan, kami sedar akan tuntutan yang diinginkan dan sebagai satu pasukan, kami berusaha setiap hari untuk mencapai melebihi tuntutan tersebut.

“Kami akan terus berjuang demi lencana di dada, demi segala­ sejarah dan makna di sebalik lencana itu dan demi mereka­ yang benar-benar sentiasa menyokong kami.

“Saya dan Safuwan akan sentiasa berdiri teguh bersama pemain dan kelab kami. Tiada siapa yang akan menjatuhkan pasukan ini, kerana kami telah bekerja terlalu keras untuk terkesan dengan sebarang kata-kata negatif,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Brendan turut percaya skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu kini berada pada landasan yang tepat untuk berada di tahap yang diinginkan.

“Apa yang pasti, saya dan Safuwan akan terus mendorong pasukan ini untuk bertambah baik dan akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.

“Sudah pasti akan sentiasa­ ada cabaran untuk diatasi, pe­nambahbaikan yang perlu dilakukan dan hasrat yang perlu diusahakan.

“Meskipun kami melalui pelbagai cabaran, kami merasakan sebagai satu pasukan bahawa kami semakin hampir ke tahap yang kami inginkan. Harapan kami agar anda (penyokong) juga dapat merasainya,” kata pemain berusia 34 tahun itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI