fbpx

Kumpulan bubar, Sowon sukar terima kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOWON

KETIKA muncul dalam temu bual bersama majalah Big Issue baru-baru ini, penyanyi Kim So-jung atau dahulu dikenali sebagai Sowon membuka rahsia tentang pembubaran kumpulannya, GFRIEND.

Tahun lalu, GFRIEND mengejutkan peminat apabila sah dibubarkan gara-gara penamatan kontrak bersama agensi Source Music selepas enam tahun ditubuhkan.

Biarpun terpisah, namun masing-masing masih menyokong perjalanan mereka bawah agensi baharu.

Justeru kata Sowon, dia sama seperti rakan-rakan lain apabila mengakui sangat terkejut ketika kumpulan mereka sah dibubarkan.

Dia bagaimanapun percaya bahawa mereka akan kembali bersatu suatu hari nanti dan pembubaran yang berlaku bukanlah jalan penamat untuk GFRIEND.

“Mulanya kami tak percaya kumpulan dibubarkan. Tetapi akhirnya berita itu benar dan sukar untuk saya terima sebab semuanya berlaku dengan sangat cepat.

“Selepas berpisah, saya bergelut dengan emosi. Saya ambil masa untuk terima realiti. Sekarang sudah hampir setahun berlalu, rakan-rakan dah terima dan boleh hadam.

Cuma saya rasa, diri sendiri yang paling susah untuk terima,” dedahnya.

Selepas keluar daripada Source Music, Sowon bernaung bawah agensi IOK Company sebagai pelakon sejak Ogos tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI