fbpx

Ketagih judi, Shoo pernah cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHOO

ANGGOTA kumpulan S.E.S iaitu Shoo membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui pernah cuba membunuh diri. Kejadian tersebut berlaku ketika dia menyepikan diri beberapa tahun lalu akibat kontroversi judi.

Pendedahan tersebut dilakukan Shoo ketika muncul dalam Star Documentary – My Way terbitan TV Chosun baru-baru ini , sekali gus menjadi kemunculan terkininya selepas kontroversi yang berlaku pada 2018.

Ujar Shoo, fasa paling gelap yang pernah dilalui dalam hidupnya adalah ketika dia sangat ketagih dengan kegiatan perjudian.

Disebabkan judi, dia pernah cuba membunuh diri dengan cara membahayakan diri sendiri apabila pulang ke rumah dalam keadaan tidak berhati-hati dengan harapan dilanggar kereta.

“Saya tak nak laporan media tulis saya mati bunuh diri. Lebih baik orang tahu saya mati kemalangan.

“Saya juga tak nak tinggalkan orang yang disayangi dalam keadaan merana kerana bunuh diri. Jadi saya selalu berjalan sambil mata memandang ke tanah tetapi tetap ada kereta yang berhenti dan memberi laluan. Akhirnya saya sedar mungkin itu petanda supaya saya hidup lama,” dedahnya.

Shoo pernah dihukum penjara enam bulan dan lapan jam melakukan perkhidmatan komuniti atas kesalahan berjudi dari Ogos 2016 hingga Mei 2018.

Jumlah perjudian yang dilakukan Shoo bernilai 790 juta won bersamaan RM2.7 juta. Dia juga pernah disaman kerana tidak membayar hutang perjudian pada Mei 2019. Bagaiamanapun kes berkenaan selesai pada November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI