fbpx

Rita Rudaini sebak hantar anak masuk asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA RUDAINI sayu ketika menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan ke sebuah sekolah berasrama.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Rita Rudaini tidak dapat menahan sebak apabila pertama kali terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram dan TikTok miliknya, pelakon berusia 46 tahun itu berkongsi sebuah video memeluk Airit ketika menghantarnya masuk ke sekolah berasrama bagi memulakan sesi persekolahan.

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit dan rasa pedih itu sudah biasa. Macam mana hujan lebat hari ini, seperti tahu derasnya air mata saya hari ini. Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa.

“Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu kami yang tidak pernah berenggang. Hari ini jadi berjauhan,” ujarnya.

Kata pelakon filem Mami Jarum itu lagi, walaupun terpaksa menanggung rasa sakit di dada apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya, Rita masih tetap gembira kerana berjaya membesarkan anaknya walaupun berstatus ibu tunggal.

“Mommy (panggilannya) sedih sampai dada sakit. Tapi dalam masa sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke hadapan.

“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu. Terbanglah setinggi-tingginya Airit Rayyan Rizqin,” luah Rita.

Tidak  Rita, perkongsiannya turut mendapat sorotan pengikut yang rata-rata tumpang bangga melihat pencapaian Airit Rayyan. Biarpun tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang bapa, kanak-kanak itu tetap cemerlang hasil didikan seorang ibu.

Ketabahan dan kecekalan Rita juga dipuji netizen kerana berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sempurna walaupun tanpa seorang suami.

Sekadar info, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11, yang kini berada di bawah jagaan Rita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI