fbpx

12 daripada 15 mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja tiba di KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 16 warganegara Malaysia dari Kemboja selamat tiba di klia2, Sepang hari ini selepas diselamatkan daripada sindket tawaran penipuan perkerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Seramai 12 daripada 16 warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pagi ini.

Kesemua mereka tiba di KLIA2 pukul 8 pagi sebelum disambut Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.

Bagaimanapun, empat lagi mangsa termasuk tiga lelaki dan seorang wanita tidak boleh di bawa pulang ke tanah air hari ini selepas disahkan positif Covid-19.

Amran berkata, baki mangsa lain akan di bawa pulang ke tanah air selepas tamat tempoh kuarantin tujuh hari di Phnom Penh dan keadaan mereka kini di pantau pihak Kedutaan Malaysia di sana.

Beliau berkata, kesemua mangsa itu ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja pada 4 April lalu sebelum di bawa ke Phnom Penh pada 7 April lalu untuk disoal siasat.

“Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa Kemboja menerusi Polis ASEAN (ASEANAPOL) membolehkan kesemua mangsa berjaya dibawa pulang hari ini.

“Kami difahamkan, kesemua mangsa ini ditahan di negara itu kerana didapati melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang di Kemboja termasuk terbabit dalam sindiket penipuan (scammer) dan judi dalam talian.

“Kita dimaklumkan bahawa Kemboja telah mengharamkan aktiviti perjudian dalam talian sejak 1 Januari 2020 dan kesemua mangsa ditahan menerusi beberapa operasi bagi membanteras kegiatan itu,” katanya.

Sementara itu, Abd Jalil berkata, pihaknya menerima 35 laporan polis membabitkan 45 rakyat tempatan yang terkandas di beberapa negara termasuk Myanmar, Thai dan Laos setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI