fbpx

Polis siasat dakwaan di TikTok anggota terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di TikTok memaparkan anggota polis didakwa menerima rasuah dipercayai di Butterworth.

SEBERANG PERAI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan susulan tular rakaman video di aplikasi sosial TikTok mengenai anggotanya didakwa menerima rasuah yang dipercayai berlaku di Bagan Ajam, Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi kira-kira 1 minit menerusi aplikasi TikTok kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Katanya, rakaman video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Iqalice1 Babymeylice itu memaparkan dakwaan anggota polis menerima rasuah daripada seorang lelaki.

“Susulan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, (daerah) Seberang Perai Selatan pada pukul 11.30 pagi.

“Kita tidak akan berkompromi sekiranya berlaku salah laku membabitkan mana-mana pegawai polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI