fbpx

Nicky tiba di mahkamah untuk pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilionair dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee yang mengetuai Geng Nicky bergambar bersama sejumlah wang sebelum melarikan diri.

SHAH ALAM– Ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee atau dikenali sebagai Nicky yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dan pengubahan wang haram terbesar tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Nicky, 34, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi bagi menjalani 26 pertuduhan dibawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun Nicky tidak dibawa melalui pintu utama mahkamah dan pendakwaan sedang dijalankan.

Semalam Kosmo! Online melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, Nicky ditangkap pada pukul 11 pagi semalam selepas menyerah diri secara sukarela kepada pihak polis. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI