Oleh SOFIAN BAHAROM
PUTRAJAYA – Tiada pengusiran penduduk Pangsapuri Sungai Baru di Kuala Lumpur ketika bulan Ramadan ini.
Demikian jaminan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata, rundingan bersama penduduk akan diteruskan dalam usaha mencari titik penyelesaian berhubung kemelut itu.
“Tidak, siapa kata kena pindah bulan Ramadan..tidak. Ini adalah tafsiran yang dikeluarkan pelbagai pihak, jadi kena ingat dalam Islam ini benda yang tak benar disebarkan hukumnya haram, tak baik.
“Termasuk pemberita yang menyebarkan berita tanpa melihat surat. Itu surat makluman bukan notis. Tidak akan berlaku perpindahan dalam bulan puasa, tidak mungkin berlaku.
“Mana mungkin kita keluarkan notis suruh mereka pindah sebelum raya,” katanya ketika detemui pemberita pada Program Apresiasi @ Sukarelawan Misi Bantuan Banjir Kementerian Wilayah Persekutuan dan Agensi Tahun 2021/2022 di sini semalam.- KOSMO! ONLINE.