fbpx

Kuching City lebur rekod Kelantan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kuching City, Wan Faiz Wan Sulaiman berusaha mengasak bola dengan tonggak Kelantan FC, Mohd Arif Amiruddin pada aksi sebentar tadi.

PETALING JAYA – Rekod tanpa kalah pasukan Kelantan FC dalam kempen Liga Premier musim ini akhirnya lebur selepas tewas 1-2 kepada Kuching City di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Kuching City yang dikendalikan oleh Irfan Bakti Abu Salim dilihat lebih menguasai perlawanan pada awal saingan untuk memberikan kesukaran buat The Red Warriors.

Momentum tersebut digunakan sepenuhnya apabila pasukan tuan rumah meraih gol pembukaan hasil ledakan Abu Kamara pada minit ke-26 menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Alif Hassan.

Namun, kegembiraan Kuching City tidak bertahan lama selepas Kelantan menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten pasukan, Yusri Yuhasmadi berselang enam minit kemudian.

Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat berusaha untuk menambah jaringan tetapi percubaan yang dilakukan oleh pemain import, Kervens Belfort dan Nataniel Siringoringo gagal menepati sasaran.

Tuah ternyata memihak pasukan Kuching City yang meraih gol kemenangan hasil gerakan solo menarik yang dilakukan oleh Shafizi Iqmal pada minit ke-66 dengan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut bagaimanapun tidak mejejaskan status Kelantan FC selaku pendahulu Liga Premier musim ini dengan sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI