fbpx

Tiga sekeluarga maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa yang remuk teruk dalam kejadian kemalangan Kilometer 128, Jalan Kuantan - Johor Bahru di Rompin hari ini.

Oleh NORHAFIZAN ZULKIFLI

ROMPIN – Tiga sekeluarga maut dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori, van dan kereta Perodua Kancil di Kilometer 128, Jalan Kuantan – Johor Bahru di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri, Abu Samah Mohamaed, 74, dan Saripah Ab Malek, 59, serta anak perempuan mereka, Nor Rawiyah Abu Samah, 25, yang merupakan pemandu kenderaan terbabit.

Turut bersama mangsa adalah anak lelaki Nor Rawiyah yang berusia satu tahun, Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal, yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Leban Chondong ke Rompin.

“Berdasarkan siasatan awal apabila tiba di tempat kejadian van sebuah syarikat pengeposan yang dipandu lelaki berusia 24 tahun hilang kawalan ketika dalam lalu memasuki lorong bertentangan.

“Sebaik memasuki lorong bertentangan, van itu kemudiannya telah melanggar lori dari arah bertentangan serta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Tambahnya pemandu van mengalami kecederaan patah bahu dan kedua-dua kaki manakala pemandu lori mengalami luka di tangan serta sakit dada.

Dalam pada itu katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Hasil siasatan awal juga mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu van yang gagal mengawal kenderaan,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI