fbpx

Farizal berada dalam pemantauan pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melawat Farizal yang terpaksa menerima rawatan di hospital ekoran pelanggarannya dengan Lowry. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

JURULATIH Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mendedahkan, penjaga golnya, Farizal Marlias ‘koma’ buat seketika selepas perlanggaran melibatkannya dengan pemain pertahanan, Shane Lowry ketika aksi menentang Terengganu FC kelmarin.

Bagaimanapun, pihaknya akan menunggu keputusan pemeriksaan penuh yang dijalankan oleh doktor sebelum menentukan sama ada dia akan diturunkan pada aksi berikutnya atau perlu direhatkan buat seketika.

“Farizal hilang kesedaran buat beberapa saat, tetapi keadaannya dipercayai stabil, buat masa ini kita akan pantau keadaannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada dia akan bermain dalam perlawanan seterusnya atau tidak.

“Kami berharap semuanya baik-baik sahaja, dia mengalami sedikit luka kecil akibat pelanggaran itu. Apa pun yang berlaku, kita sentiasa ada pelan pilihan, kita ada pelan B, pelan C dan juga pelan D,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pasukannya menewaskan Terengganu FC 2-1 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Sementara itu, mengulas berhubung perlawanan semalam, Mora mengakui anak-anak buahnya berdepan sedikit kesukaran untuk menewaskan Terengganu FC.

“Ia satu perlawanan yang sukar. Saya tidak mahu berbohong, Terengganu ada pemain yang baik, mereka mengawal bola dan mengatur gerakan demi gerakan dan juga laju di bahagian sisi.

“Saya percaya mereka mampu menjadi pencabar dalam liga.

“Tidak mustahil mereka boleh menewaskan kami dengan permainan sedemikian.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain yang berjaya meraih kemenangan keempat berturut-turut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI