fbpx

City bantu sambung ‘nyawa’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEVIN DE BRUYNE membuka tirai jaringan buat City ketika mereka terikat 2-2 menentang Liverpool di Etihad kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola nyata tidak berpuas hati apabila menganggap pasukannya terus memberikan ‘nyawa’ buat Liver­pool dalam saingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pada aksi kelmarin, City jelas menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut, namun mereka terpaksa akur dengan keputusan 2-2 biarpun memiliki deretan peluang untuk memenangi perlawanan itu.

“Saya kecewa kerana kami melepaskan peluang ini. Saya dapat rasakan bahawa kami telah memberikan mereka ‘nyawa’, tetapi saya memberitahu para pemain supaya tidak terlalu sedih dan kecewa

“Adakalanya apabila kita me­lakukan banyak perkara yang betul, tetapi masih gagal menang ia akan menimbulkan rasa kecewa. Saya mahu pemain melupakan apa yang berlaku malam ini (kelmarin) dan saya bangga de­ngan apa yang mereka lakukan,” jelasnya.

Guardiola mengakui bahawa pasukannya tidak mampu untuk keciciran mata pada baki tujuh perlawanan terakhir kerana percaya bahawa Liverpool mampu untuk memenangi kesemua perlawanan yang bakal mereka hadapi.

“Kami akan berjuang se­hingga ke akhirnya. Satu perlawanan tercicir mata, bermakna kami terpaksa melupakan kejuaraan ini, sama juga jika kami hanya sekadar seri.

“Jika kami menang kali ini, mungkin kami akan lebih tenang untuk aksi seterusnya. Ia suatu yang sukar, tetapi mereka juga berdepan situasi yang sama,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI