fbpx

Verstappen resah prestasi jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN gagal menamatkan perlumbaan buat kali kedua dalam tiga perlumbaan apabila jenteranya berdepan masalah pada GP Australia kelmarin. – AFP

MELBOURNE – Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen tidak boleh menerima kenya­taan apabila jenteranya sekali lagi berdepan masalah hingga menyebabkan dia gagal menamatkan saingan di Grand Prix (GP) Australia kelmarin.

Ini adalah masalah kedua yang dihadapi Verstappen sekali gus menyifatkan keadaan tersebut adalah bukan perkara baik ketika dia dan pasukannya mahu mempertahankan gelaran Formula Satu (F1) pada musim 2022 ini.

Akibat dua kegagalan menamatkan saingan, Verstappen kini berada di kedudukan keenam dalam carta kedudukan pemandu selepas sekadar me­ngumpul 25 mata.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc terus gah menguasai perlumbaan apabila mengumpul 71 mata dan meninggalkan juara dunia 2021, Verstappen dengan perbezaan 46 mata.

“Kami sudah jauh ketinggalan di belakang. Saya tidak mahu memikirkan tentang perebutan kejuaraan pada masa ini. Saya fikir perkara paling penting adalah menamatkan perlumbaan.

“Ia adalah hari malang buat Red Bull dan saya hanya ingin terus bersaing sehingga ke peng­hujung saingan dan menaiki podium.

“Saya tahu, pada ketika ini mustahil untuk mengatasi Leclerc. Paling mengecewakan saya gagal menamatkan saingan dan saya tidak boleh mene­rimanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner memahami kekecewaan yang dihadapi pelumbanya itu selepas gagal menamatkan saingan di Bahrian dan Australia.

“Kami faham kekecewaan Vers­tappen, namun pada masa ini kami tidak dapat mengenalpasti punca utama. Tetapi, saya fikir kerosakan berpunca daripada enjin. Sudah pasti kami kecewa dengan keadaan ini apabila Verstappen gagal meraih sebarang mata,” ujar Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI