PELAKON Vidya Balan bertegas tujuan utama pembabitannya dalam dunia seni hiburan sebagai pelakon bukan untuk menjadi popular atau mengejar glamor.
Sebaliknya, pelakon berusia 43 tahun itu ingin menjadi seorang pencerita dan menyampaikan sesuatu kisah dengan berkesan melalui lakonan.
“Ramai yang menganggap saya terjun dalam bidang lakonan kerana ingin menjadi popular. Sebaliknya saya menjadi pelakon kerana saya ingin menjadi seorang pencerita,” katanya.
Pada masa sama, Vidya juga ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan wanita India yang dianggap lemah berbanding lelaki.
“Wanita di India juga kuat, standing dengan peranan oleh kaum lelaki. Tolong ubah pemikiran anda,” katanya.