fbpx

Grealish terima kontrak baharu lebih lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH menandatangani kontrak baharu bersama Villa menyaksikan dia menerima peningkatkan gaji sekali ganda dan kekal sehingga 2025 di Villa Park. – TWITTER ASTON VILLA

BIRMINGHAM – Kapten Aston Villa, Jack Grealish mengakui bahawa tawaran mega yang diberikan oleh pasukan itu sukar buatnya untuk menolak sekali gus membuat keputusan untuk kekal di Villa Park.

Biarpun kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, Manchester United dilihat tidak mahu melayan permintaan Villa yang meletakkan tanda harga berjumlah £80 juta (RM426.16 juta) untuk melepaskan Grealish.

Kontrak baharu yang ditandatangani pemain antarabangsa England itu menyaksikan dia kekal di Villa Park selama lima tahun lagi dan menerima gaji mingguan sebanyak £130,000 (RM692,513).

Grealish mengakui dia membuat keputusan untuk kekal bersama Villa selepas yakin dengan cita-cita besar pemilik kelab itu bilionair dari Mesir, Nassed Sawiris dan rakan kongsinya, Wes Edens.

Menerusi kontrak baharu ber­kenaan, Grealish menerima pe­ningkatan gaji mingguan sekali ganda dan kekal bersama pasukan itu sehingga 2025.

“Saya semakin yakin untuk memulakan aksi musim baharu. Ini penting kerana saya mahu memulakan musim dengan pasti di mana tempat saya sepatutnya berada.

“Saya tidak mahu beraksi beberapa perlawanan dengan Villa kemudian terpaksa berpindah kelab. Saya bersyukur kerana segala-galanya sudah selepas.

“Saya bercakap dengan Ketua Eksekutif Villa, Christian Purslow sebelum aksi persahabatan menentang United sebelum mengadakan rundingan bersama Nassef dan itu menyebabkan saya membuat keputusan menerima kontrak baharu,” jelasnya.

Villa berjaya menandatangani empat pemain baharu iaitu Ollie Watkins dari Brentford, pemain pertahanan kanan, Matty Cash dan penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez dan pemain sayap Lyon, Bertrand Traore. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI