fbpx

Kes Bella: Hakim, pendakwaan dan pembelaan ke lokasi kejadian Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella (kiri) dan kesan kecederaan yang dialaminya disyaki didera.

KUALA LUMPUR – Hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahmad Razali akan ke sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini pada Rabu ini yang mana tempat kejadian kanak-kanak Sindrom Down Bella didakwa dianiaya dan diabaikan.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor yang mewakili Siti Bainun pada minggu lalu untuk ke lokasi kejadian.

Dalam keputusannya, Izralizam berkata mahkamah membenarkan permohonan tersebut bagi mendapatkan gambaran jelas berdasarkan gambar-gambar tempat kejadian yang dikemukakan sebelum ini.

“Adalah wajar untuk saya (mahkamah) pergi dan melihat serta merujuk kepada lokasi, saya akan lebih memahami, walaupun dalam gambaran yang diberi sudah jelas, tapi jika berkesempatan maka saya akan melihat eksibit-eksibit yang dirujuk dalam insiden,” kata hakim itu.

Dalam pada itu, hakim tersebut turut berkata, hanya pihak pendakwaan, peguam, saksi dan tertuduh sahaja dibenarkan ke lokasi kejadian.

Turut hadir dalam prosiding hari ini, Ahli Dewan Negara (Wakil Orang Kelainan Upaya) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Dalam prosiding minggu lalu,  Nur A’minahtul berhujah permohonan itu dibuat bagi mendapatkan gambaran sebenar rumah selain saiz bilik dobi (laundry room) kerana seperti yang didakwa saksi, kejadian-kejadian banyak dilakukan oleh tertuduh di bilik tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas membantah permohonan peguam itu dengan alasan kes ini sudah berada diperingkat perbicaraan dan bukan dalam siasatan selain ia tidak akan memprejudiskan kedua-dua pihak.

Sementara itu Nur A’minahtul, dalam satu kenyataan media berkata lawatan ke tempat kejadian di mana Bella dikatakan di aniaya dan di abaikan adalah sangat penting apabila saksi pendakwaan kelima memberikan deskripsi yang tidak boleh dizahirkan melalui gambar-gambar yang di kemukakan di Mahkamah.

Sebelum ini, saksi pendakwaan kelima yang juga bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, dalam keterangannya memberitahu dia diarah oleh Siti Bainun supaya menggigit perut Bella.

Saksi itu berkata,  dia bertindak sedemikian kerana Bella tidak mengikut arahan Siti Bainun supaya berdiri di bahagian dobi (laundry) sebuah unit kondominium di Wangsa Maju. Perbicaraan bersambung lagi Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI