fbpx

Beli tart nanas, tetapi dapat tart kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan tart nanas dan tart kosong yang dibeli oleh seorang pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Bukan sahaja karipap yang tular dengan inti anginnya, biskut raya kegemaran ramai iaitu ‘tart nanas’ turut menerima tempiasnya.

Ia susulan satu perkongsian seorang pengguna di aplikasi TikTok yang memaparkan tart nanas dibelinya tidak mempunyai inti dan hanya beberapa biji sahaja diletakkan inti.

Menerusi klip video yang dikongsi pengguna dikenali sebagai @Yumi Ayumi, kelihatan beberapa lapisan tart yang berada di dalam sebuah botol itu juga hanya tart kosong.

Manakala, tart yang mempunyai inti berada di bahagian paling atas sahaja dan difahamkan, biskut tersebut dibeli pada harga RM22 sebotol.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna aplikasi TikTok mengecam tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual tart kosong tanpa inti.

“Tak jujur berniaga,” kata @Yussof Hussain.

“Mungkin ini tart nenas yang peminat tak suka nanas sebab kat Twitter ramai juga jual tart nenas tapi tak ada inti nanas,” tulis @CEO of Asmr Mukbang.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @M Y N N.

“Mungkin dia salah bagi order kot, orang lain punya tu jenis tak suka ada inti, saya kalau inti tak sedap saya makan tepung je,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI