fbpx

Doktor terpedaya tawaran kerja sambilan rugi RM173,888.74

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Hasrat seorang doktor di Lukut, Port Dickson untuk menambah pendapatan hancur berkecai apabila terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara pemasaran digital dalam laman web beli belah terkemuka sehingga kerugian sebanyak RM173,888.74.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, wanita berusia 29 tahun telah berkenalan dengan seorang individu yang dikenali melalui laman Instagram bernama June yang menawarkan pekerjaan tersebut pada 8 April lalu.

Menurutnya, mangsa yang berminat telah dimasukkan ke dalam group WhatsApp 821 Capital E Commerce Freelance yang mana diuruskan oleh seorang lelaki bernama Alex.

“Mangsa diberikan satu tugasan untuk membuat pembelian barangan di laman web tersebut dan akan menerima komisyen. Tugasan pertama mangsa berjumlah RM99 dan mangsa telah menerima komisyen sebanyak 10 peratus daripada modal yang dibuat.

“Selepas itu, mangsa diminta membuat enam lagi tugasan pembelian barangan dan dijanji bakal menerima komisyen ke atas pembelian barangan tersebut yang mana ia selesai pada 10 April.

“Namun, mangsa mula rasa ditipu setelah diminta membuat sekali lagi pembayaran untuk perlindungan diri sebanyak RM74,872.41 untuk menebus modal dan komisyen yang dijanjikan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Lukut, Port Dickson dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, jelas beliau, penipuan membabitkan tawaran kerja seumpama ini merekodkan sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka mulai Januari hingga semalam membabitkan jumlah kerugian RM1,103,195.46. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI