IPOH – Keterangan beberapa individu akan direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan tanah pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar bermula minggu ini.
Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, pihaknya telah mendapatkan beberapa dokumen berkaitan isu penjualan tanah tersebut.
Menurutnya, SPRM juga akan memanggil ahli lembaga mesyuarat melibatkan beberapa jabatan berkaitan bagi merakam serta membantu siasatan.
“SPRM akan mula memanggil dan merekod percakapan saksi terbabit khususnya membabitkan ahli lembaga mesyuarat jabatan berkaitan yang sudah bersidang.
“Ia berdasarkan minit mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan masing-masing berhubung isu tanah yang dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE