fbpx

Misteri bau busuk terbongkar dengan penemuan mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat warga emas ditemui dalam keadaan terbaring dalam sebuah rumah di pangsapuri Taman Maluri, Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR – Misteri bau busuk beberapa hari yang terpaksa dihidu penduduk akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas dalam sebuah rumah di pangsapuri Taman Maluri, Cheras, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah menerima laporan mengenai bau busuk itu kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cheras telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki terbaring di atas lantai kediaman.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras yang hadir di tempat kejadian,” ujarnya sebentar tadi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 67 tahun dan dipercayai tinggal seorang diri di kediaman berkenaan.

“Mangsa disyaki telah meninggal dunia antara tempoh lima hingga tujuh hari dan kita tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.

“Namun begitu, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI