fbpx

Kos membesarkan anak RM300,000 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOS untuk membesarkan anak di China menjadi mahal disebabkan oleh belanja pendidikan dan penjagaan ketika mereka di usia muda. - AFP

BEIJING – China menjadi antara negara yang mencatatkan kos paling mahal untuk membesarkan anak dengan lebih AS$75,000 (RM316,612) diperlukan untuk seorang anak sehingga berusia 18 tahun, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin. 

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat kewangan dari Amerika Syarikat (AS), Jefferies Group, Korea Selatan menduduki tempat pertama, diikuti dengan China dan Itali di tempat kedua dan ketiga ketiga.

Menurut penganalisis dari Jefferies, kos untuk membesarkan anak di China menjadi mahal disebabkan oleh kos pendidikan dan penjagaan ketika mereka di usia muda. Ini kerana perkhidmatan prasekolah di China kebanyakannya melibatkan pengusaha swasta.

Justeru, lebih AS$75,000 (RM316,612) diperlukan untuk membesarkan seorang anak sehingga mereka berusia 18 tahun dan sebanyak AS$22,000 (RM92,873) lagi diperlukan untuk menjadikan mereka lulusan universiti.

“Di kebanyakan negara-negara Barat lain, pinjaman untuk pelajar yang disediakan mengikut negeri adalah perkara biasa, maka beban ibu bapa dipindahkan kepada anak-anak sendiri,” kata penganalisis.

Sementara itu, pemerintah China mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan kos mempunyai anak termasuk dengan memberi subsidi penjagaan kanak-kanak bagi mengehadkan jurang penduduk dengan kelas pendapatan yang berbeza. 

Selain itu, Beijing turut mengumumkan rancangan lima tahun untuk meningkatkan bilangan taman asuhan kanak-kanak (taska) untuk yang berumur bawah tiga tahun kepada 4.5 setiap 1,000 orang menjelang 2025. Ia adalah lebih dua kali ganda daripada jumlah semasa iaitu 1.8 taska bagi setiap 1,000 kanak-kanak.

Ketika ini, terdapat 42 juta kanak-kanak China berumur bawah tiga tahun. Satu pertiga daripada ibu bapa kanak-kanak itu mahu anak-anak mereka bersekolah di taska, tetapi hanya 5.5 peratus yang benar-benar berkemampuan, demikian laporan Jefferies. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI