JAKARTA – Sebuah video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan senario seorang wanita sedang mencari individu yang menendang kemaluan anaknya menggunakan pembesar suara di sebuah masjid, lapor laman berita Suara.com.
Video yang dirakam oleh salah seorang penduduk itu dimuat naik pada akaun TikTok bernama @pikihsi’kechotThej.
Penduduk setempat dikatakan terkejut apabila mendengar bunyi suara seorang wanita sedang mencari pelaku yang menendang kemaluan anaknya.
“Hoi, anak-anak! Siapa tendang kemaluan si Sarip? Dia pulang dari mengaji dan mengadu kemaluannya sakit.
“Kalau tiada yang mahu mengaku, nanti saya tendang seorang demi seorang. Sarip balik dari mengaji dan menangis,” demikian kata wanita itu ketika menggunakan pembesar suara masjid.
Klip video itu kemudian mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Mak, carikan juga siapa yang buat aku rindu sampai menangis,” tulis seorang netizen.
“Emak siapa itu?” komen netizen lain. – Agensi