fbpx

Penantian lima tahun raih gelaran terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIAN MENG-Pei Jing berjaya menamatkan kemarau gelaran selama lima tahun selepas muncul juara Terbuka Korea semalam. - BADMINTON PHOTO

IMPIAN pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk meraih kemenangan di Terbuka Korea akhirnya terlaksana selepas berjaya menumbangkan pasa­ngan tuan rumah, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won pada aksi final di Suncheon semalam.

Kian Meng-Pei Jing yang dile­takkan sebagai pilihan kedua kejohanan tampil dengan aksi terbaik mereka meskipun wakil tuan rumah dilihat agresif untuk memburu kemenangan di laman sendiri.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat pasangan negara ketika beraksi di hadapan penyokong lawan apabila kembali mendominasi saingan sebelum mencatat kemenangan 21-15, 21-19 dalam tempoh 49 minit.

“Aksi set pertama kita rasa ada sedikit tegang, namun selepas 11 mata semuanya sudah kembali tenang. Kita juga cuba untuk menukar sedikit perancangan permainan.

“Kita juga ada memperlahankan rentak permainan dan ter­nyata ia berjalan dengan lancar,” kata Kian Meng yang berusia 28 tahun.

Ditanya sama ada dia berasa tertekan sebab perlu berdepan dengan penyokong tuan rumah, Kian Meng mengakui ia bukan satu masalah buat mereka.

“Tidak ada rasa tertekan, sebab kita memang betul-betul fokus dalam perlawanan. Bagi kejohanan besar selepas ini kita akan cuba yang terbaik. Cuba untuk meloloskan diri sekali lagi,” kata Kian Meng.

Lebih manis, ia adalah pe­nantian yang ditunggu-tunggu beregu campuran tersebut selepas berjaya menamatkan kemarau lima tahun mereka tanpa sebarang gelaran.

Kali terakhir mereka meraih gelaran adalah di pentas final Master Malaysia 2017 ketika menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-17, 21-9.

Selepas ini, Kian Meng-Pei Jing akan beraksi di Masters Korea yang akan bermula Selasa depan dan akan menentang pasangan tuan rumah, Yong Jin-Lee Yu Lim di pusingan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI