PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Dewan Sri Endon, di sini bagi mengikuti taklimat khas mengenai Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti.
Turut kelihatan tiba termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Turut menyusul Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Dr. Abdul Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Mahdzir Khalid; Menteri Air dan Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Turut kelihatan adalah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beberapa Ahli Parlimen turut hadir termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alimin; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hassan Ariffin.
Pembentangan RUU Anti-Lompat Parti sebelum ini akan dibentangkan di Parlimen esok selepas tertangguh sejak 24 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE