fbpx

Pentingnya adab untuk keberkatan ilmu, dunia penuh fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES menimba ilmu perlu diiringi dengan adab agar keberkatannya dapat dilihat. – Gambar hiasan

Ilmu adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan dalam kehidupan kita. Ilmu juga menjadi pengukur kepada tahap kebolehan seseorang terutama dalam membina kehidupan yang sempurna.

Walau bagaimanapun, dalam proses menimba ilmu, salah satu elemen penting adalah adab.

Para ulama dan cendekiawan dahulu sememangnya mempelajari adab bertahun lamanya sebelum mereka mempelajari ilmu yang lain.

Namun, di zaman teknologi ini, generasi berilmu dilihat bagai melupakan adab walaupun tingginya ilmu di dada.

Dapat dilihat penerapan adab semasa menimba ilmu semakin terpinggir disebabkan corak pemikiran bebas tanpa sempadan akibat pengaruh media sosial dan internet.

Seharusnya ilmu dan adab adalah seperti badan dan nyawa. Tidak akan hidup dan berguna ilmu seseorang itu jika dia tidak beradab.

Ketika ini, pelbagai platform media sosial menjadi tempat menyebarkan sesuatu agar tersebar dengan cepat. Satu ketika dahulu mungkin tidak kedengaran isu-isu seperti ini dibangkitkan.

Namun, inilah yang terjadi kini apabila sesuatu perkara tidak ditapis terus tersebar luas tanpa disoal siasat terlebih dahulu. Inilah keadaan dunia kini yang penuh dengan fitnah.

Suatu ketika dahulu heboh sikap pelajar yang ghairah melampiaskan ketidakpuasan hati terhadap institusi pendidikan yang dianggap menyusahkan dan tidak memahami masalah pembelajaran dalam situasi pandemik.

Kini viral pula kisah pengajar yang tidak dapat mengawal emosi menggunakan bahasa kurang elok terhadap pelajar.

Sama ada penuntut atau pengajar yang tidak beradab hanya akan memperlihatkan sisi negatif walaupun cemerlang atau berjawatan tinggi.

Sehubungan itu, adalah lebih baik berfikir dahulu sebelum melakukan atau menyatakan sesuatu.

Apa lagi di zaman kini yang terlalu mudah sesuatu keburukan atau kebaikan disalah ertikan. Seseorang yang terpelajar seharusnya tidak akan janggal adabnya.

Tidak kiralah dalam tutur kata, perbuatan, malah emosinya. Memberi ilmu seharusnya dengan cara yang berhikmah dan membangun, manakala penerima ilmu seharusnya terima dengan tenang agar ilmu itu tinggi keberkatannya kelak.

Dr Nor Azlina Ismail
dan Dr Nusima Mohamed,
Pensyarah Fakulti Pergigian USIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI