fbpx

Nilai rezeki buat DN’S Beauty di sebalik pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencapaian terbaik DN’S Beauty selepas berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk pandemik Covid-19 sepanjang lima tahun beroperasi.

PETALING JAYA – Benar kata orang, pandemik Covid-19 meskipun mengundang cabaran sukar buat sebahagian daripada usahawan di seluruh negara, tetapi ia turut memberi rezeki melimpah ruah buat syarikat yang pandai mengambil peluang.

DN’S Beauty Solution (DN’S Beauty) antara syarikat bumiputera yang menerima tempias positif daripada krisis kesihatan yang melanda negara selama dua tahun melalui produk vitamin C kelua­rannya yang telah mendapat sambutan menggalakkan.

Harga mampu milik serendah RM10 di pasaran runcit membolehkan hampir semua isi rumah boleh memilikinya, tambahan pula rakyat terpaksa berjimat cermat dalam tempoh sukar sebelum ini.

Pengasas syarikat, Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari berkata, syarikat yang berpusat di Seri Manjung, Perak itu mula beroperasi sejak 2017 bermula secara kecil-kecilan sambil dibantu suaminya, Syukry Radzuan de­ngan modal permulaan daripada simpanan peribadi.

Mereka yang sebelum ini membantu perniagaan keluarga mahu mencuba sesuatu yang mencabar untuk berdikari de­ngan mengoperasikan bisnes sendiri, dimulakan dengan menjual produk kecantikan.

“Namun kata orang, jika berniaga tanpa ilmu, memang asyik langgar ‘dinding’ sahaja. Kami tidak pandai membuat promosi dan pemasaran serta juga tidak menjenamakan produk.

“Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mula mempelajari ilmu perniagaan, pemasaran dan pengurusan bagi membo­lehkan kami membina semula bisnes yang berdaya saing” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Nur Jauhatul Dinnie menjelaskan, selepas perniagaan rancak, pandemik melanda negara dan syarikat menyangkakan ini satu lagi cabaran sukar yang menjadi pengakhiran kepada perjalanan empayarnya.

Sebaliknya, produk keluaran syarikat iaitu Vitamin C telah mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan sehingga syarikat mampu mencatat jualan lebih daripada satu juta produk dengan nilai keuntungan RM2.8 juta.

Tambah beliau, produk popular syarikat adalah Superkids dan Glowskin.

Segmen tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Sebelum ini, Vitamin C yang dihasilkan syarikat adalah dalam bentuk serbuk, tetapi hasil kajian dan pembangunan serta formulasi, ia dijual dalam bentuk tablet.

Ia juga diadun dengan pemakanan sunnah seperti kismis, kurma dan susu kambing.

Fasa demi fasa pembangunan perniagaan syarikat telah membolehkan ia memiliki sehingga 11 produk terdiri daripada segmen penjagaan kesihatan, produk penjagaan kecantikan, produk makanan khususnya Sambal Bilis Ketagih.

Produk terbaharunya adalah Vglow Advance Formula Brightening dan Feel Me Foundation Mystery Edition.

Syarikat kini dalam peranca­ngan untuk melancarkan produk Cuite Liptint tidak lama lagi.

Nur Jauhatul Dinnie me­nerangkan, sepanjang merentasi cabaran dalam perniagaan, syarikat telah berjaya menerima tiga pengiktirafan iaitu 100 Top Young CEO 2021, Made For The World Excellence Awards 2021 dan yang terbaharu ASEAN Food & Travel Awards 2022.

Ia bagi ka­tegori penyedia produk penjagaan diri dan penyedia suplimen kesihatan.

Anugerah tersebut telah di­sampaikan oleh Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri kepada pasangan suami isteri ini.

Tambah beliau,kejayaan syarikat sehingga mencapai ke tahap sekarang bukan mudah tanpa sokongan dan komitmen tinggi daripada kakitangannya yang setia serta 5,000 rangkaian pengedarnya di seluruh negara.

Beliau mahu menambah jumlah pengedar sehingga 10,000 orang pada masa depan sebagai usaha untuk membantu lebih ramai orang mencari peluang perniagaan berpotensi dan me­ngubah taraf hidup masing-ma­sing.

“Kami membuka peluang untuk orang ramai yang berminat menjana pendapatan dengan DN’S Beauty melalui pelaburan modal serendah RM10.

“Hasil usaha daripada bim­bingan dan latihan yang diberikan selain komitmen mereka, kami telah berjaya melahirkan dua ejen terdiri daripada suri rumah yang mencapai jualan le­bih RM1 juta pada tahun lalu.

“Ini merupakan satu kebanggan kepada kami kerana dapat melahirkan jutawan dan berharap lebih ramai usahawan akan mencapai ke tahap tersebut pada masa depan,” jelasnya.

Lebih menarik, tambah Nur Jauhatul Dinnie, antara keistimewaan menjadi pengedar DN’S Beauty adalah syarikat akan ­menyediakan slip gaji bagi mereka untuk rekod bulanan.

Ini, katanya bagi memudahkan pengurusan kewangan ma­sing-masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI