fbpx

Bangman bukan tiru Khairul Aming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Media sosial memerlukan pembikin kandungan video memasak seperti Khairul Aming (kiri) dan Bangman.
MOHD. HAIKAL ISA, WARTAWAN EKSEKUTIF

 

YANG bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. Semua kejayaan yang diraih kita, datang dari hasil kerja keras tidak berbelah bahagi.

Barangkali peribahasa ber­kenaan sesuai menggambarkan situasi didepani kita semua termasuklah secebis isu tercetus melibatkan dunia atau industri content creation (ciptaan kan­dungan).

Baru-baru ini, seorang content creator bernama Bangman atau Aiman Salim dituduh netizen dalam gelanggang Twitter meniru gaya atau kandungan media sosial selebriti kesayangan ramai yang juga terlibat dalam dunia content creation Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman.

Kecewa dengan tuduhan tersebut, Bangman mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa bukan mudah untuk membina nama sebagai seorang content creator kalau tidak dihadirkan sekali dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

“Dari umur 14 tahun, saya sudah belajar masak sikit-sikit sebab mak saya dahulu kerja mengasuh kanak-kanak. Minat memasak sampai saya mohon sambung belajar dalam bidang kulinari tetapi tidak dapat sebab tiada rezeki.

“Saya buat content memasak, pertama, sebab saya minat. Ke­dua kerana nampak peluang menjana pendapatan di situ. Saya bukan datang dari keluarga senang,” katanya menerusi beberapa rajutan Twitter.

Diperli netizen meniru kan­dungan media sosial Khairul ­Aming, Bangman ternyata sedikit terkilan dengan tuduhan melulu tersebut dan mendedahkan bahawa dirinya juga sama ­seperti orang lain punya hati dan pe­rasaan.

“Saya ini manusia. Saya relaks sahaja orangnya tapi kadang-kadang ‘koyak’ juga sebab apabila saya buat perkara yang saya minat, orang nak kecoh.

“Niat saya nak tolong keluarga dan kebiasaannya, tidak peduli sangat tentang komen-komen negatif. Minta maaf kalau ada tersalah bahasa,” ujarnya lagi.

Benar, dunia content creation kini sudah menjadi satu industri yang sangat-sangat berpotensi untuk menjana pendapatan.

Khairul sendiri bermula daripada bawah dan hari demi hari, kejayaannya bercambah sehinggalah jualan produk diasaskan­nya, Sambal Nyet mencecah RM7.5 juta tahun lalu sehingga berjaya memiliki kilang sendiri di Kelantan.

Kalau dilihat dari perspektif yang lebih mendalam, kejayaan Khairul bukan hanya memberi keuntungan buat diri sendiri bahkan, memberi peluang pekerjaan kepada orang lain terutama ketika dunia tersepit dengan pelbagai kekangan ekonomi di­sebabkan pandemik Covid-19.

Terpanggil untuk memberikan sedikit komen berkenaan isu tercetus, Khairul memaklumkan, dunia content creation harus perlu ‘dikerjakan’ kerana mempunyai potensi yang sangat luas dan isu ‘siapa tiru siapa’ tidak sepatutnya timbul.

“Kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ini. Negara jiran pun sudah ramai maju ke depan de­ngan content hebat-hebat. Kita patut buat benda yang sama.

“Saya harap jangan dibangkitkan lagi isu ini dan sama-sama kita hargai content setiap seorang. Bukan senang nak buat video. Memang penat dan sebab itu, ayuh kita hargai usaha semua yang buat video.

“Tahun ini makin ramai kembangkan content kreatif. Di TikTok pun makin meriah. Teruskan momentum tersebut dan hubungan antara satu sama lain. Negara kita ini banyak bakat, jangan kita sekat bakat itu. Rugi nanti,” ujar Khairul yang memiliki 3.4 juta pengikut Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI