fbpx

Kolaborasi semua sektor pulihkan pelancongan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan industri pelancongan berjalan lancar dan pantas selepas sempadan negara dibuka bermula 1 April lalu, kolaborasi di antara semua sektor termasuk pengangkutan, perhotelan serta pusat rekreasi adalah amat penting.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tanpa salah satu sektor ini, ekosistem pelancongan negara tidak dapat berjalan dengan lancar dan memberi kesan terhadap salah satu sektor penyumbang ekonomi terbesar negara ini.

“Kolaborasi amat penting, jika salah satu sektor ini tidak bersama, maka ini secara tidak langsung akan memberi kesan dan kelewatan dalam usaha kita untuk beralih ke fasa endemik dengan cepat.

“Di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kami adalah payung bagi semua industri pelancongan, oleh itu kami menyarankan lebih banyak kolaborasi seperti ini dijalankan,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola & Oli di sini hari ini.

Tambahnya lagi, difahamkan kempen Perjalanan Selamat Kanak-kanak ini juga telah berjaya mewujudkan kolaborasi efektif antara ramai pihak termasuk penyertaan dari agensi pengangkutan dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan SME-SME kecil yang lahir dari ekosistem pelancongan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan bertungkus lumus dalam usaha untuk merealisasikan kempen ini dari awal perancangan sehinggalah tiba pada ke kemuncak hari perasmiannya pada hari ini.

“Secara peribadi, saya gembira melihat anak Malaysia terutama dari golongan muda yang menunjukkan kesungguhan dan inisiatif sendiri untuk memulihkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara Malaysia.

“Saya percaya, kesungguhan ini adalah atas dasar cintakan negara dan minat yang mendalam dalam mempromosikan keindahan negara yang mewah dengan pelbagai adat dan budaya,” ujarnya.

Katanya, ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa inisiatif Kerajaan di bawah agenda ‘Keluarga Malaysia’ kini berjaya menarik perhatian para usahawan dalam membantu ekonomi negara pulih secara holistik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI