KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah kira-kira pukul 6.55 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebooknya memaklumkan gempa berukuran 3.2 skala richter itu dilaporkan berpusat di 42 kilometer (km) Tenggara dari Pitas, Sabah pada kedalaman 10 km.
Menurut MetMalaysia, gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran dan pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut.-K! ONLINE