fbpx

Gempa bumi sederhana gegarkan Rantau India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 dilaporkan telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India pada pukul 9.32 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 7.3 darjah Utara dan 94.6 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan 102km Timur Laut dari Great Nicobar, India.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI