fbpx

81 bayi ‘Malaysia’ di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Serdang. Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM -Seramai 81 bayi ‘Malaysia’ dilahirkan di semua hospital kerajaan di Selangor pada sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Semua bayi lelaki dan perempuan itu selamat dilahirkan antara pukul 12 malam tadi sehingga 5 petang tadi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kelahiran pertama melibatkan seorang bayi perempuan di Hospital Serdang.

“Bayi seberat tiga kilogram itu selamat dilahirkan di hospital tersebut pada pukul 12.36 tengah malam.

“Jumlah keseluruhan kelahiran yang direkodkan setakat ini adalah seramai 50 bayi lelaki dan 31 perempuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, ia melibatkan 74 bayi warga tempatan manakala tujuh merupakan bukan warga negara.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI