fbpx

Vietnam, Singapura pesaing utama emas renang di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINQ EN pastinya sedia mempertahankan pingat emas dalam sukan renang pada Sukan SEA 2019 apabila bersaing pada temasya sama di Hanoi, Vietnam Mei depan.

Ketua jurulatih skuad renang negara, Christoper Martin percaya tuan rumah Vietnam dan Singapura akan menjadi pencabar utama menjelang temasya Sukan SEA 2021 yang dijadualkan berlangsung di Hanoi Mei depan.

Beliau menjelaskan, Vietnam dan Singapura sudah melaksanakan pelbagai program latihan serta menghantar atlet-atlet mereka ke kejohanan di luar negara sebagai persediaan ke temasya dwitahunan itu.

Bagaimanapun, Martin tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap anak-anak buahnya untuk merekodkan pencapaian le­bih baik berbanding aksi di Manila, Filipina pada edisi 2019.

“Persiapan berjalan dengan baik kerana Vietnam dan Malaysia berada dalam zon masa yang sama, jadi kami boleh buat pe­rancangan terbaik berhubung apa yang perlu dilakukan.

“Vietnam dan Singapura adalah pencabar kita di sana. Apa yang saya tahu, Vietnam menghantar atlet-atlet mereka me­nyertai banyak kejohanan di luar negara termasuk Eropah.

“Sementara itu, Singapura pula tidak dapat dinafikan lagi sentiasa menjadi pasukan terkuat dalam sukan renang. Mereka memiliki program latihan yang sangat bagus,” kata pengendali kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada masa sama, beliau juga percaya skuad renang negara perlu membuat kajian mengenai pasukan-pasukan lain di Sukan SEA nanti memandangkan sudah lama tidak menyertai kejohanan-kejohanan kompetitif gara-gara pandemik Covid-19.

“Apabila pergi ke sana nanti, kami perlu bercakap dengan orang kerana pandemik Covid-19 menyebabkan kita tidak tahu mengenai persiapan serta prestasi atlet-atlet luar negara, cuma ada dengar khabar angin sahaja,” ujar Martin.

Sebagai rekod, Malaysia me­rangkul dua pingat emas dalam sukan renang pada temasya Sukan SEA 2019 menerusi perenang wanita sensasi negara, Phee Jinq En menerusi acara 50 meter dan 100 meter kuak dada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI