fbpx

TFC elak kecewa buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN (tengah) menjangkakan tugasan sukar menanti barisan pemain TFC apabila berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. – TFC

TERENGGANU FC (TFC) kini tiada pilihan lain kecuali perlu bergantung harap kepada pemain sendiri untuk menghadapi tugasan getir buat kali kedua iaitu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Terengganu memulakan debut musim ini dengan langkah kiri apabila tewas 3-0 kepada Peta­ling Jaya City FC (PJ City) dan misi kebangkitan kali ini juga cukup berat memandangkan tuan rumah pastinya akan menurunkan skuad terbaik bagi mengekalkan rekod bersih musim ini.

Penyerang TFC, Kpah Sherman juga menjangkakan tugasan lebih sukar menanti barisan pemain ketika berdepan JDT, namun segalanya adalah lebih kepada perkiraan atas kertas.

“Selepas tamat perlawanan dengan PJ City, jurulatih (Nafuzi Zain) segera tampil untuk memberikan semangat dan motivasi kepada pemain supaya kembali bangkit.

“Kami juga diingatkan untuk belajar daripada kesilapan. Berdepan JDT juga pasti mencabar kerana mereka adalah lawan yang kuat. Jadi, kami kena bekerja lebih keras dan perbaiki kelemahan,” katanya.

Selepas aksi dengan TFC, skuad Harimau Selatan yang kini cemerlang tanpa sebarang bolos akan ‘berehat’ daripada Liga Super buat seketika dan akan meneruskan kempen Liga Juara-Juara Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI