fbpx

Aksi penyayang anak Fizo Omar, teruja nak dapat adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI peminat tersentuh melihat keterujaan dan keakraban hubungan Maryam bersama ibu tirinya, Fazeera yang sedang hamil ketika ini.

PETALING JAYA – Aksi anak kepada pelakon Fizo Omar iaitu Wan Maryam menarik perhatian netizen selepas mencium berkali-kali perut ibu tirinya, Fazeera Nazri yang kini sedang sarat hamil.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Maryam yang kini berusia lima tahun duduk di atas sebuah kerusi berwarna merah bersama Fazeera.

Maryam kemudian mencium perut ibu tirinya, Fazeera atau nama lengkapnya Fazeera Nazri Azrai berkali-kali dengan perasaan penuh teruja.

“Kakak yang paling teruja,” tulis Fizo dalam hantaran tersebut.

Dalam video berdurasi sekitar 15 saat itu juga menunjukkan kemesraan antara Fazeera bersama Maryam yang dilihat begitu akrab walaupun hubungan kedua-duanya hanyalah sekadar ibu tiri dan anak tiri.

Menjengah dalam ruangan komen, netizen juga turut sama berkongsi rasa teruja melihat gelagat Maryam kerana tidak sabar-sabar untuk menjadi seorang kakak kepada adiknya nanti.

“Maryam teruja nak dapat adik. Sayangnya dia pada bayi dalam perut mama. Jaga adik baik-baik,” komen seorang netizen.

“Semoga jadi kakak yang paling penyayang nanti,” kata seorang lagi netizen.

“Insya-Allah Maryam akan jadi seorang kakak yang penyayang,” kata seorang pengguna Instagram.

Sekadar info, Fizo mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita berasal dari Kuching, Sarawak itu pada 21 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Janda Baik, Pahang.

Sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI