fbpx

Ramai prihatin nasib keluarga Wan Akid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Suhaimi (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Wan Akid di rumah sewanya di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

KOTA BHARU – Keluarga remaja, Wan Akid Afham Wan Mohd. Ruhsemadi, 13, yang tinggal di sebuah rumah usang dan separuh roboh di Kampung Banggol di sini bersyukur apabila ramai tampil menghulurkan bantuan selepas kisah kehidupan mereka tular di media sosial sejak kelmarin.

Bapanya, Wan Mohamad Ruhsemadi Wan Roma, 53, berkata, dia berasa amat terharu apabila orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu menghulurkan bantuan kewangan dan barangan.

Menurutnya, mereka sekeluarga menerima kunjungan orang ramai termasuk ada yang masih menghubunginya sehingga pukul 11 malam tadi.

“Bukan sekadar datang ke rumah kami yang sudah roboh, ada juga individu termasuk yang berada di luar Kelantan memindahkan wang ke akaun anak saya.

“Alhamdulillah, atas jasa orang ramai, rumah kami sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali di rumahnya hari ini..

Keluarga remaja itu mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sewa dengan kadar bayaran RM350 sebulan yang dibayar oleh seorang pesara kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI