fbpx

Bersemutnya cinta Sharifah Husna, Halim Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUNGKIN ada yang tidak tahu Husna dan Halim sudah hampir dua tahun bercinta.

SEJAK kebelakangan ini, entah mengapa video-video romantis pasangan pelakon Sharifah Husna bersama Halim Radzi kerap muncul dalam media sosial.

Rasa-rasanya sebelum ini mereka tidaklah terlalu terbuka berkongsi momen manis bersama tetapi sebaliknya pula berlaku sejak akhir-akhir ini.

Mungkin bagi mereka sudah tiba masanya memberitahu kepada netizen tentang hubungan cinta yang terjalin hampir dua tahun lamanya.

Hasil penyelongkaran Diva, rupa-rupanya masih belum ramai yang tahu tentang hubungan mereka. Mungkin kerana kedua-dua mereka masih baru dalam industri, jadi ‘liputan’ tentang mereka juga belum meluas.

Tetapi kerana agak kerap berkongsi video bersama, ada netizen yang menasihatkan agar berpada-pada memaparkan momen manis dalam media sosial kerana risau jatuh fitnah atau dicemburui pihak lain.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji pasangan tersebut kerana dilihat sangat serasi bersama.

“Muka Halim ada iras Yusry KRU dan Datuk Jalaluddin Hassan. Semoga hubungan berkekalan hingga akhir hayat,” komen netizen.

“Alahai bercinta betul-betul ke? Semoga sampai ke jenjang pelamin,” doa seorang netizen.

Bagi Diva, tidak mengapa jika hendak berkongsi video bersama yang tersayang, namun biarlah tidak berlebih-lebihan.

DIVA: Bila agaknya boleh makan nasi minyak pasangan sejoli ini ya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI