fbpx

Ukraine semakin hampir bergelar anggota EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Von der Leyen (kiri) secara simbolik telah menyerahkan borang keahlian kepada Zelensky bagi menyertai EU. - EPA

KYIV – Peluang Ukraine menganggotai Kesatuan Eropah (EU) dilihat  makin cerah apabila Presiden EU, Ursula von der Leyen memberi bayangan ia akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu dan bukannya bertahun-tahun, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Von der leyen secara simbolik menyerahkan soal selidik keahlian rasmi EU kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy  pada sidang akhbar bersejarah di Kiev.

Perkembangan itu  dijangka menimbulkan kemarahan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang tidak mahu bekas negara Kesatian Soviet itu menyertai blok Barat.

Pada kebiasaannnya, proses untuk menjadi negara anggota EU mengambil masa bertahun-tahun termasuk permohonan, semakan kriteria dan akhir sekali  rundingan.

Kehadiran Von der Leyen di  Kiev kelmarin adalah percubaan terbaharu EU untuk menawarkan sokongan moral dan kewangan selepas Zelenskyy mengisytiharkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sebagai adalah serangan langsung terhadap keselamatan Eropah secara keseluruhan.

“Saya fikir permohonan Ukraine untuk menjadi anggota EU boleh dimuktamadkan dalam masa hanya beberapa minggu dan bukan bertahun-tahun seperti proses biasa.

“EU juga telah melaksanakan sekatan terbaharu ke atas Rusia yang akan menggagalkan niat Putin untuk menguasai Ukraine,” tegas Von der Leyen.

Negara-negara EU pada Khamis lalu meluluskan sekatan baharu terhadap Rusia, termasuk larangan import arang batu.

Setakat ini, blok tersebut masih belum memuktamadkan sekatan pembelian gas asli dari Rusia masih tidak dapat dicapai.

Badan perundangan EU meluluskan resolusi dengan margin 513-22, manakala 19 negara berkecuali. Resolusi itu menuntut larangan segera ke atas import minyak, arang batu, bahan api nuklear dan gas Rusia.

Meskipun langkah itu menggariskan keazaman EU untuk mengambil tindakan terhadap Kremlin, pelaksanaan sekatan tersebut terletak sepenuhnya ke atas negara anggota sendiri sama ada mahu melakukannya atau tidak.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mendesak agar pemimpin-pemimpin dunia supaya  mengambil tindakan lebih keras dalam memutuskan hubungan dengan Kremlin.

“Selagi Barat terus membeli gas dan minyak Rusia, ia menyokong Ukraine dengan satu tangan sambil sebelah lagi menyokong mesin perang Rusia,” kata Kuleba. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI