fbpx

Anak kedua Amar, Amyra dijangkiti virus Kawasaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Instagram Amyra berkaitan kondisi terkini anak keduanya, Ayra yang masih berada di hospital akibat dijangkiti virus Kawasaki.

PETALING JAYA – Selepas lima hari dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami demam panas berlarutan, anak kedua kepada pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli, Ayra Aryssa disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki oleh doktor.

Amar ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, doktor memaklumkan bahawa Ayra, 2, dijangkiti virus Kawasaki oleh doktor sejak Rabu lalu.

“Doktor maklumkan pada Rabu lalu bahawa Ayra disahkan dijangkiti virus Kawasaki yang membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Virus ini boleh memberi kesan pada jantung.

“Apabila virus ini masuk dalam badan, pesakit akan mengalami keradangan dan timbul bintik-bintik merah pada kulit,” katanya.

Ujar pelakon berusia 37 tahun itu lagi, dia tidak pernah mendengar tentang virus tersebut sehinggalah diberitahu oleh doktor sebelum dia membuat semakan sendiri dalam internet.

Kata Amar, sehingga kini doktor masih belum mengetahui punca anaknya dijangkiti virus Kawasaki kerana boleh terjadi secara tiba-tiba.

“Sehingga kini puncanya masih belum diketahui sebab doktor sendiri pun tidak dapat mencari punca virus Kawasaki ini.

“Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Sehari sebelum diserang demam panas pada minggu lalu, Ayra berada dalam keadaan baik dan sihat sahaja,” ujar Amar.

Sewaktu ditebak tentang perasaannya buat masa ini, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu mengakui hatinya luluh melihat keadaan puteri kesayangannya menahan sakit.

“Sebagai bapa, bohong kalau saya tidak sedih. Luluh hati saya melihat anak sekecil itu terpaksa menahan kesakitan.

“Walaupun Ayra tidak boleh bercakap apa-apa, tapi saya tahu dia sedang menderita kesakitan. Apa yang saya dan juga isteri boleh buat sekarang hanyalah berdoa semoga anak kami diberi kesembuhan,” jelasnya.

Selain mengalami ruam-ruam merah pada badan dan juga muka, Ayra masih mengalami demam panas dan memerlukan pemantauan rapi oleh doktor.

Sementara menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Amyra, pelakon drama Nur itu berkongsi foto keadaan terkini anaknya apabila badannya dipenuhi ruam merah.

“Ya, ini kondisi anak saya sekarang. Jangkitan Kawasaki. Seluruh badan dia kena serangan. Kasihan dia.

“Saya baca semua mesej (DM) dan komen anda tapi tak berkesempatan nak balas. Maaf sangat. Semua dah reda nanti saya balas. Terima kasih yang mendoakan Aryssa,” katanya.

Sekadar info, penyakit Kawasaki merupakan keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya melibatkan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Penyakit tersebut pertama kali dikenal pasti dalam kalangan kanak-kanak di Jepun dan merupakan penyebab terutama penyakit jantung dalam kanak-kanak di negara-negara maju. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI