fbpx

Pesawah ditahan bersama 150kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di di Teluk Intan hari ini. FOTO- IHSAN PDRM

TELUK INTAN – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 150 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM7,500 di sebuah rumah di Labu Kubong, Chenderong Balai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pesawah itu ditahan dalam serbuan pada pukul 1 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut di stor belakang rumah suspek menjumpai 30 bungkusan plastik hitam disyaki berisi daun ketum.

“Berdasarkan siasatan, suspek memetik daun ketum tersebut di hutan belakang rumahnya yang ditanam individu lain sebelum ini dan menjualnya sekitar Teluk Intan.

“Pada masa sama, suspek juga bertindak sebagai orang tengah dan mendapatkan bekalan daun ketum daripada seorang pembekal di Labu Kubong untuk dijual kepada pembeli. Lelaki itu menjalankan kegiatan tersebut sejak enam bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan bagaimanapun mendapati dia negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI