fbpx

PDRM selesaikan kes rogol 12 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelesaikan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan yang berlaku di sebuah bengkel sekitar Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 12 tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kejayaan tersebut hasil data ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang membawa kepada penahanan suspek.

“Siasatan saintifik menggunakan DNA tersebut telah berjaya mengenal pasti identiti suspek sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melakukan operasi untuk menahan suspek.

“Suspek merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun yang ditahan di ladang ternakan kambing di Balik Pulau, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd. Jalil berkata, suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang selama enam hari bermula 8 April hingga 13 April ini.

“Penahanan suspek bertujuan membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Pada masa sama, PDRM tidak pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan maklumat perkembangan kes sehinggalah berjaya mengenal pasti suspek yang terlibat ke muka pengadilan.

“PDRM juga sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan yang akan dirujuk kepada pejabat Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan,” jelasnya.

Kes terbabit berlaku pada 12 tahun lalu ketika remaja perempuan berkenaan berusia 15 tahun di sebuah bengkel sekitar Balik Pulau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI