fbpx

Daki Bukit Panau sempena Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 130 peserta menyertai program Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Daerah Tanah Merah mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Bukit Panau sempena Hari Malaysia hari ini.

Oleh BAHRUDDIN HATTA

TANAH MERAH – Seramai 130 orang peserta menyertai Program Merdeka@Komuniti : Hiking Bukit Panau yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Tanah Merah sempena Hari Malaysia di Bukit Panau di sini hari ini.

Pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Tanah Merah, Wan Arif Fadhila Wan Yusof berkata, peserta program itu terdiri daripada staf Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Belia, Hospital Tanah Merah dan Giat Mara Tanah Merah dan penglibatan masyarakat setempat.

Katanya, peserta perlu mendaki setinggi 220 dengan masing-masing perlu membawa Jalur Gemilang untuk dikibarkan di puncak Bukit Panauz

“Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan komuniti antara agensi kerajaan dan juga golongan belia di Tanah merah melalui aktiviti riadah.

“Selain itu, program ini juga cuba membangkitkan rasa semangat patriotik mereka apabila sanggup mendaki bersama-sama sambil membawa Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan negara” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas majlis perasmian program itu.

Merdeka@Komuniti : Hiking Bukit Panau dirasmikan oleh Ketua Whip Majlis Daerah Tanah Merah, Mohd. Nazir Yusoff yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood yang tidak dapat hadir pada tersebut.

Tambah Wan Arif Fadhila, kebanyakan peserta yang hadir pada program itu mendaki Bukit Panau buat kali pertama,namun kesemua mereka berjaya sampai ke puncak.

Sementara itu, Mohd. Nazir dalam ucapannya menekankan beberapa perkara penting khususnya penjagaan kebersihan oleh pengunjung yang datang ke Bukit Panau untuk berekreasi agar tidak membuang sampah merata-rata bagi menjaga kawasan tersebut yang semakin menjadi tumpuan.

Tambahnya, sikap sesetengah individu yang suka membuang sampah merata-rata akan mencemarkan alam sekitar dan sekaligus membawa imej yang buruk terhadap masyarakat setempat oleh pengunjung luar yang datang.

“Saya berharap agensi kerajaan yang hadir serta golongan belia sama-sama menjaga kebersihan kawasan Bukit Panau ini.

“Imej penduduk di sekitar Tanah Merah ini boleh tercemar sekiranya sesetengah pihak yang tidak mengendahkan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI