fbpx

Lebih 600 penjawat awam berbuka puasa bersama PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra bersama pegawai tertingi kerajaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Kompleks Seri Perdana hari ini.

PUTRAJAYA – Lebih 600 penjawat awam berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman rasmi beliau di sini hari ini.

Majlis yang julung kali diadakan itu berlangsung di dataran terbuka Laman Sari dan beliau tiba pada pukul 7.05 petang sebelum beramah mesra dengan para tetamu.

Menyambut kedatangan beliau pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah.

Program berkenaan turut disertai sekumpulan 31 orang anak asnaf dan lima pengiring dibawa khas dari Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah, Kampung Giching, Sepang, Selangor,

Acara dimulakan dengan berbuka puasa disusuli solat fardu Maghrib dan kemudian diteruskan solat fardu Isyak serta solat sunat tarawih di khemah khas yang disediakan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI