fbpx

Jumlah penerima dos penggalak Indonesia melonjak 760,000 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita menerima dos penggalak di di Hospital Tangerang Selatan pada 12 Januari lalu. - Panji Asmoro/TrenAsia

JAKARTA – Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi mendedahkan penerima suntikan dos penggalak meningkat hampir 800,000 orang  sehari susulan syarat yang dikenakan pemerintah bagi mereka yang mahu melakukan mudik lebaran atau balik kampung, lapor laman berita Kompas.com.

Menurut Siti Nadia, peningkatan sebanyak dua kali ganda dicatat bagi penerima dos penggalak bagi seminggu pertama Ramadan.

“Kebiasaannnya jumlah penerimaan dos penggalak sehari adalah 300,000 tetapi sejak ia dijadikan syarat mudik, angka harian meningkat mencecah 760,000.

“Ini bermakna masyarakat peka dengan arahan pemerintah yang mahu memastikan perjalanan pulang ke kampung lebih selamat dan terjamin dengan suntikan dos penggalak,” kata Siti Nadia.

Tambahnya, jumlah penerima dos penggalak di Indonesia sehingga kini mencecah 26.8 juta orang.

Kerajaan menyasarkan 30 peratus penduduk telah menerima vaksin penggalak pada akhir Mei ini.

Meskipun penerimaan vaksin penggalak terus dipertingkatkan, kerajaan masih meneruskan gesaan pengambilan dos pertama dan kedua untuk mencapai sasaran 208 juta penerima vaksin.

“Melengkapkan dos kedua tetap menjadi keutamaan kerana kami tahu tiada gunanya peningkatan jumlah dos penggalak tetapi dos pertama serta kedua tidak bergerak seiring,” tegasnya.

Tambah Nadia, keperluan dos penggalak bagi mudik lebaran bukan sengaja mahu menyusahkan rakyat tetapi langkah awal bagi mengelak jangkitan di kampung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI