fbpx

Imran Khan gagal sekat usul undi tidak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Pakistan membaca akhbar di tepi jalan di Islamabad, sehari selepas Imran membubar dewan rakyat untuk mengadakan pilihan raya. - AFP

ISLAMABAD – Perdana Menteri Imran Khan akan berdepan undi tidak percaya setelah Mahkamah Agung Pakistan memutuskan bahawa cubaan beliau mengelak daripada dipecat dengan membubarkan Parlimen adalah tidak sah, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Dalam keputusan kelmarin, Mahkamah Agung Pakistan mengisytiharkan langkah untuk menyekat undi tidak percaya itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang.

Susulan keputusan itu, Parlimen Pakistan akan bersidang hari ini dan meneruskan usul undi tidak percaya yang dijangka menyaksikan Imran disingkirkan daripada jawatannya.

Bekas pemain kriket berusia 69 tahun itu kehilangan sokongan majoriti di Parlimen minggu lalu, manakala pihak pembangkang semakin mendapat sokongan. Beliau berdepan kemungkinan digulingkan oleh pembangkang esok.

Bagaimanapun, seorang timbalan speaker Parlimen yang merupakan ahli parti pemerintah menolak usul bahawa Perdana Menteri itu dijangka gagal mendapat sokongan majoriti. Beliau menyatakan bahawa usul tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi didalangi Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan beliau.

Washington bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan untuk menyingkirkan Imran. Tindakan berkenaan membawa negara bersenjata nuklear itu ke dalam krisis perlembagaan. Ketua pembangkang, Shehbaz Sharif menganggap sebarang tindakan untuk menyekat undi tidak percaya itu sebagai mengkhianati negara.

“Walaupun penganalisis-penganalisis  politik dan media meramalkan kekalahan Imran dalam undi tidak percaya, beliau kelihatan tidak terganggu,” lapor akhbar Dawn.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Arif Alvi berkata di akaun Twitter rasminya bahawa Imran akan kekal sebagai perdana menteri sementara.

Imran mahu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 90 hari walaupun suruhanjaya pilihan raya negara itu sudah menolak kemungkinan untuk mengadakannya.

Imran berkata, beliau tidak melanggar perlembagaan dan menyifatkan usaha untuk menggulingkannya sebagai rancangan jahat yang didalangi oleh AS. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI