fbpx

Kyrgyzstan pemilik lombong emas terbesar di Asia Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan loji pemulihan emas di lombong Kumtor yang terletak di wilayah Issyk-Kul di Pegunungan Tien Shan. - AFP

BISHKEK – Kyrgyzstan dilaporkan berjaya menguasai sepenuhnya lombong emas Kumtor yang merupakan salah satu lombong emas terbesar di Asia Tengah selepas lebih dua dekad, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Lombong emas itu menjadi rebutan oleh kerajaan Kyrgyzstan dan syarikat perlombongan Kanada, Centerra Gold. Ia adalah lombong kedua tertinggi di dunia selepas lombong Yanacocha di Peru.

“Kami baru saja menandatangani perjanjian dengan Centerra untuk menyelesaikan pertikaian ini. Kumtor kini milik Kyrgyzstan sepenuhnya,’’ demikian ucapan Presiden Sadyr Japarov awal bulan lalu.

Lombong itu akan berada di bawah kawalan langsung syarikat milik kerajaan Kyrgyzstan, Kyrgyzaltyn selepas penyelesaian di luar mahkamah dengan Centerra. 

Dengan kawalan penuh ke atas lombong itu, negara Asia Tengah itu dijangka mendapat AS$53 juta (RM223.7 juta) walaupun Centerra menamatkan semua tuntutan undang-undang terhadap Kyrgyzaltyn di Amerika Syarikat, Sweden dan Kanada.

Lombong itu bernilai AS$3 bilion (RM12.6 bilion). Dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut anggaran Kyrgyzstan, lombong itu boleh menghasilkan 160 hingga 200 tan emas bernilai hampir sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM21.1 bilion). 

“Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hari ini adalah titik perubahan sebenar dalam sejarah negara kita. Hari ini, rakyat kita telah bertanggungjawab ke atas nasib mereka di tangan mereka sendiri.

“Aset negara kita ini berada di tempat yang sepatutnya, di tangan kita sendiri. Ini membuktikan bahawa kita berada di landasan pembangunan dan pertumbuhan yang mapan,’’ kata Sadyr.

Kementerian luar Kyrgyzstan telah menjemput utusan asing untuk melawat lombong itu tahun lalu. Antaranya termasuk utusan dari India, Britain,  Azerbaijan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI