fbpx

MDKS pergiat budaya kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN Jabatan Kesihatan MDKS bersama pekerja sebuah pasar raya di Kuala Selangor menunjukkan isyarat tanda bagus berhubung kempen kitar semula.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan terus mempergiatkan usaha membudayakan aktiviti kitar semula dalam kalangan masyarakat di sekitar daerah ini.

Langkah itu susulan statistik terkini jumlah kutipan mencatatkan penurunan ketara antaranya berpunca akibat musim penularan pandemik Covid-19.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berkata, sebanyak 3.6 tan minyak masak terpakai dan 620 tan barangan seperti plastik, kertas dan tin dikutip pihaknya tahun lalu.

“Namun, sehingga pertengahan tahun ini, statistik menujukkan hanya 1.8 tan minyak masak dan 274 tan barangan berjaya dikutip.

“Justeru, MDKS menyediakan dua pusat pengumpulan iaitu Pusat Kitar Semula Pekan Lama Kuala Selangor dan Pusat Kitar Semula Pekan Tanjung Karang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahilah menambah, khidmat kutipan rumah ke rumah turut disediakan dengan syarat barangan atau minyak yang ingin dijual berkuantiti lebih 10 kilogram (kg).

“Sebanyak 56 tong turut ditempatkan berhampiran kawasan taman perumahan bagi kemudahan orang ramai membuang barangan terpakai

“Kita juga akan bekerjasama dengan pasar raya di daerah ini untuk menggiatkan kempen bebas plastik dan budaya kitar semula itu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bayaran setiap kutipan bagi setiap kilogram yang diserahkan kepada pihaknya masih sama seperti sebelum ini.

“Bagi minyak masak dibayar RM1 setiap kg, plastik,besi dan bateri kereta masing-masing 40 sen dan kertas campuran atau kotak (10 sen).

“Manakala, monitor komputer dan mesin basuh adalah RM5 bagi setiap kg serta televisyen diberikan bayaran RM3,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDKS di talian 03-32812235. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI