SETIAP negara mempunyai cara ujian calitan Covid-19 yang berbeza.
Perkara tersebut terbukti selepas pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Alyahya memuat naik video mereka melakukan ujian calitan di Istanbul, Turki baru-baru ini.
Cara petugas melakukan ujian calitan terhadap mereka sangat berbeza dengan di Malaysia. Jika di sini, alat digunakan untuk tekak dan hidung adalah berbeza tetapi sebaliknya yang berlaku di sana.
Lucu tetapi geli, itu yang dapat digambarkan selepas menonton video tersebut. Mana tidaknya, alat ujian yang digunakan untuk hidung adalah sama dengan tekak.
“Lain macam ya ujian calitan mereka. Dua dalam satu,” tulis Awal yang terhibur dengan perkara tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti sama-sama geli hati melihat cara ujian calitan tersebut.
“Di London juga begini. Mungkin cara itu yang sebetul-betulnya? Dua dalam satu, jimat!” komen Mira Filzah.