fbpx

Chelsea elak diaibkan buat kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Chelsea tidak rela mengalami kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Brentford dan Real dalam dua aksi terdahulu. – AFP

LONDON – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel percaya Sout­hampton akan terus menghukum pasukannya sekiranya mereka kekal dengan prestasi buruk se­perti yang dipamerkan pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid kelmarin.

The Blues yang kini merekodkan dua kekalahan berturut-turut di Stamford Bridge dengan tujuh bolos dalam dua aksi terdahulu selepas tewas 1-3 kepada Real dan 1-4 di tangan Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Tuchel dikatakan bersedia dengan pendekatan baharu selepas mempelajari kesilapan besar apabila menggunakan formasi salah yang akhirnya menghukum pasukan.

“Jika kami terus beraksi se­perti ini, kami akan tewas kepada Southampton dan seterusnya dihukum oleh Real di Santiago Bernabeu minggu depan. Kami perlu mencari penyelesaian dan saya tidak pasti kedudukan sebenar kami sejak berakhirnya tempoh rehat antarabangsa.

“Aksi bertemu Real ibarat detik ulangan seperti yang ditunjukkan dalam babak kedua ketika dibelasah Brentford. Kami bolos tujuh gol dalam tempoh lima hari dan saya fikir ini adalah satu ama­ran buat kami.

“Kami tidak boleh mengharapkan keputusan positif jika terus pamerkan prestasi sebegini dalam situasi mendesak ini. Sekarang semuanya terpulang kepada pemain,” katanya.

Jika menang ke atas Sout­hampton di Stadium St. Mary malam ini, Chelsea akan me­lebarkan penguasaan di tempat ketiga dalam perebutan empat kelompok teratas untuk memburu tiket ke saingan Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI