fbpx

Swafoto topi #MY menangi RM300 baucar GM Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORSUHAIDA (kanan) bergambar bersama pengunjung yang memenangi cabutan bertuah bulanan selepas melancarkan Kempen#KasiSupportBaranganTempatanLah di GM Klang hari ini. Foto ABDUL RAZAK IDRIS

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Orang ramai kini berpeluang memenangi baucar membeli-belah RM300 bagi pembelian barangan di pusat pemborong terbesar di Malaysia, GM Klang menerusi kempen
#KasiSupportBaranganTempatanLah.

Menurut Pengurus Pengiklanan dan Promosinya, Norsuhaida Othman, masyarakat hanya perlu membeli topi eksklusif tertulis #MY berharga RM5 di bahagian perkhidmatan pelanggan di tingkat satu GM Klang.

“Mereka kemudiannya perlu berswafoto di mana-mana lokasi menarik GM Klang bersama topi tersebut dan muat naik di laman sosial dengan tag GM Klang berserta tanda pagar #supportbarangtempatan.

“Kempen ini akan berlangsung selama sebulan bermula 31 Ogos lalu dengan 10 pemenang bertuah akan diumumkan pada bulan Oktober nanti,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan hadiah Cabutan Bertuah Bulanan GM Klang bernilai RM1,000 kepada lima pemenang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norsuhaida menjelaskan, kempen itu adalah salah satu usaha untuk mempertingkatkan ekonomi negara dan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan pengguna. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI