MOSCOW – Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin memaklumkan bahawa negara itu akan membuka ruang udara kepada 52 negara yang dianggap ‘mesra’ mulai hari ini selepas ditutup bagi mencegah penularan Covid-19, lapor laman berita Thaiger semalam.
Thailand yang turut berada dalam senarai itu menyatakan bahawa ia mengalu-alukan kedatangan pelancong Rusia.
Disebabkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, berita mengenai pembukaan sempadan Rusia itu tidak memberi impak yang besar..
Kata Mishustin, penerbangan tetap dan tidak terjadual antara Rusia dan 52 negara lain akan disambung semula termasuk di China, India dan lain-lain negara yang ‘dianggap mesra’.
Antara negara yang tersenarai adalah Thailand, Algeria, Argentina, Afghanistan, Bahrain, Bosnia dan Herzegovina, Botswana, Brazil, Venezuela, Vietnam, Hong Kong, Mesir, Zimbabwe, Israel, India, Indonesia, Jordan, Iraq, Kenya, China, Utara Korea, Costa Rica dan Kuwait.
Seterusnya, negara-negara lain yang turut tersenarai adalah Lebanon, Lesotho, Mauritius, Madagascar, Malaysia, Maldives, Maghribi, Mozambique, Moldova, Mongolia, Myanmar, Namibia, Oman, Pakistan, Peru, Arab Saudi, Seychelles, Serbia, Syria, Tanzania, Tunisia, Turki, Uruguay, Fiji, Filipina , Sri Lanka, Etiopia, Afrika Selatan dan Jamaica.
Beberapa negara yang tidak tersenarai atau dianggap ‘tidak mesra’ adalah Amerika Syarikat, Britain (termasuk wilayah Jersey, Anguilla, Kepulauan Virgin British dan Gibraltar), Ukraine, Montenegro, Switzerland, Albania, Andorra, Iceland, Liechtenstein, Monaco, Norway, San Marino, Macedonia Utara, Jepun, Korea Selatan, Australia, Micronesia, New Zealand, Singapura dan Taiwan. – Agensi